Saturday, July 19, 2014

I'll Change To Be A Hostel's Girl

Assalamualaikum semua . Woaa . Lama tak update blog niee . Haha . Tup-ii dah 22 Ramadhan dah beb . Dah nak raya woii . Happy gila . Seminggu lagi . Baju raya semua dah beli . Hohoho . Gembira sangat tapi dalam kegembiraan nie ada terselit satu kesedihan sebab aku dah nak masuk hostel dah lepas nie . Hurmm . Tak lama pon . Lepas raya terus masuk hostel . Annoying gila . Takpala . Biar la aku jaga diri aku sendiri . Berdikari sendiri . Buat semuanya sendiri takpa aku dah pernah laluinya tapi kali ini aku akan laluinya sekali lagi . Aku masuk hostel lambat . Dulu aku cuma budak berulang skrang dah jadi budak hostel . Hahaha . Okee . Memang la kan sapa yang nak tinggal berjauhan dengan mak ayah dia kan . Aku pon tak nak tapi nak wat cam mana dengan aku tinggal di hostel la aku dapat sedikit sebanyak membantu ibu aku .Selama nie mak aku yang hantar aku gi sekolah pagi dari pukul 6 setengah sampai petang dalam pukul 3 . Hoho . Lepas nie aku tak perlulah menyusahkan mak aku lagi dengan suruh dia hantar aku gi sekolah setiap hari . Lepas nie maybe seminggu sekali (melawat) dan 2 minggu sekali (balik kampung) . Hurm . Aku tak kisah kalau tak dapat tengok muka mak aku , mak aku tak dapat melawat tapi asalkan aku dapat cakap ngan mak aku tiap-ii hari . Bolehla aku luahkan rindu aku kat dia . Hurm . Cakap pasal hostel , kita tinggal dengan kawan-ii dalam satu dorm . Dalam satu dorm mesti ramai kawan kan . Dan dalam setiap dorm mesti ada akak bilik . Sorang tapi selalunya dua . Kat dorm aku dua orang . Haha . Masuk hostel keje aku macam makcik dah laa . Basuh baju , angkat baju , lipat baju , kemas katil , kemas dorm , kemas locker , dan macam-ii lagi lah . Dorang kata locker baru aku besar ataupun gemok dan pendek . Alorh . Kalau tinggi mesti best . Buat masa nie aku dah beli lah sikit barang-ii nak masuk hostel . Takdela banyak sangat . Lepas balik kampung nanti (raya) nak packing barang n beli apa-ii lagi yang tak cukup . Hadoih . Malaih betol . Persiapan aku sebelum masuk hostel nie aku ada sediakan satu buku journal untuk aku tulis tentang apa yang berlaku pada setiap hari . Tiap-ii hari akan aku tulis dalam buku journal tuh . Pastu aku ada tengok beberapa video cara-cara nak lipat baju dengan betul . Mula-ii aku tengok pergh cuak gak tapi dah practise alahai senang je . Memang sesuai la video tuh untuk budak-ii hostel . Pastu aku ade tengok beberapa cara nak membulatkan tudung sekolah ataupun senang nak betulkan awning depan tudung sekolah . Letak lilin rupanya . Baru tadi aku test  jadi . Wuu . Happpy beb , pastu buat owning sendiri pakai yang kulit keras buku skrap tu yg kertas jernih n keras tuh tak silap aku la pastu letak Kiwi kleen starch kot . Hoho . Sesungguhnya memang benda nie benda yang bagus la untuk dilihat untuk budak-ii hostel . Aku pon dah test memang berjaya . Kalau aku stay kat hostel nie kene banyakk bersabar dan tabah . Biasalah . Hidup dengan kawan-ii mesti ada yang tak puas hati dan dendam so nanti ada yang buat tuduhan palsu dan fitnah bagai . Allahhuu . Kene banyak berdoa agar dihindari dari perkara-ii yang keji nieh . Hei korang aku nk bagitau korang cara-ii nak basuh baju dengan mudah (cara-ii budak-ii hostek buat) Nak tau macam mana ? Scroll bawah .

Basuh baju dengan mudah dan wangi dan cepat dan sebagainya ..

1) Amik baldi korang isi air dan letak baju-ii kotor dalam tuh .
Pastikan semua baju kotor tu kene air .
2)Letak la sabun pencuci cecair atau serbuk  . Kalau baju banyak letaklah lebih kalau sikit je letak la mana yang cukup .
3)Pijak baju dengan kaki . Tak kisah la kaki mana . Kalau tak nak kaki boleh pakai tangan tapi selalunya kami pakai kaki je .
4) Done pijak pastu korang bilas baju yang dah dicuci dengan sabun pencuci tu dengan air bersih .
5) Lepas dah buat yang nombor 4 tuh buangkan air sabun yang dalam baldi tuh .
6) Lepas dah buang air letak baju-ii tu dalam beldi tu balik .
7) Isi air sampai nak dekat penuh . Pastikan semua baju kene air ye .
8) Letak lah pewangi ataupun orang selalu pakai downy , kasi baju tu wangi . Rendam la dalam 5 minit gitu .
9) Dah rendam korang bilas balik baju tu dengan air bersih . Air downy yang dalam baldi tu korang buang .
10) Dah siap semua korang letak la baju tu dalam baldi balik pastu pegila ampaian sidai/sangkut . Mudah bukan . Selamat mencuba .

Hehehe . Tu aku tulis sendiri tau bukan copy paste ye . Hohoho . Selamat mencuba . Baju wangi dan bersih percayalah .

Aku harap lepas nie aku dapat tinggal di hostel dengan baik-ii dan dijauhi perkara-ii buruk dan binatang yang buas . Korang tolong doakan keselamatan dan kebahagian kita kat hostel nanti tau . Terima kasih semua . Assalamualaikum . Byee 

Friday, July 4, 2014

KAMI KAWAN :) FLASHBACK L3





Inilah kawan aku . Kawan sangat . Booo . Nad . Nie gmbaq form 1 . Dh nmpk matured skit japgi aku sertakan gambaq masa kanak-ii riang dia dulu plak . Keh-ii . Jatuh water pess
Hurm harini pagi ini aku ak citer something kat para blogger semua tentang seorang kawan baik aku . Aku nak citer dari A sampai Z tentang kawan aku nie . Dari mula-ii aku kenal dia sampai lah sekarang . Hah ? Malas nak baca ? Tak boleh . Baca gak . Walaupun kali ini blogger ini agak sedikit panjang sikit muhun baca sampai habis na . Keh-ii . Okey . Bismillahhirahmanirrahim . Aku nak mulakan dari zaman tadika sampai skrang tau . Jangan ditanya kenapa . Hah Nad, scroll ke bawah kalau hang tak scroll jangan tanya kenapa hang balik hostel nanti tilam dan locker hang hilang dibawa ombak laut .


Nur Nadhirah Binti Ibrahim . Nama simple diberi oleh ibu dan bapa beliau kepada insan dendut yang kami selalu gelarkan dengan gelaran biasa-ii je iaitu Nad . Hurm . Skrang nie beliau bersekolah di SMKDB . Kome tau skolah nie ? Oke . Topik lain plak . Warne peveret beliau tak silap aku biru kot . Beliau nie minat sangat ngan G-Dragon . Kalau Exo beliau berkata kepada aku beliau meminati Lu Han ngan Su Ho . Apelah hensem sangat mamat GD tuh . Huduh dah la tua . Keh-ii . Nie kalau GD baca blog aku pemes aku masuk melodi tak pon galaksi kiah propa . Jaga-ii ada yang memeratii ~ Dah2 topik lain pule . Aduh . Sakit pulak tangan nie pegang keyboard . Tolong ~ Skrang aku nak citer tentang perilaku beliau pule . Hurmm . Beliau nie masa aku baru kenal-ii beliau aku tengok baik je . Bile dah mendalami tudiaa bakhangg . Mulut . Kalah mulut kambing . Emmbekk embekk . Nakal lah gak . Mulut dia nie sapa dah penah kena dan terus bersabaq memang bagus . Aku nie kira sabaq ja ngan mulut kambing dia . Dia nie kalau bab-ii nak mengejek ke membash ke memang hebat antara kambing-ii yang lain . Emmbek-ii . Dia nie suka makan . Makan je apa yang ada . Tak kisah . Tapi setahu aku dia nie gemar makan cokelat . Maybe la . Beliau nie pendek saje orangnya . Dendut skit masa skolah rendah tapi dah sampai skolah menengah aku tengok dah ada banyak perubahan . Muka dah matured skit . Tinggi naik setengah inci . Kegemokkan ? Aku tak tau la . Sama ja . -_- Hurmm . Apa lagi eih nak cita . Hurmm . Macam2 aku nak cita tapi terlupa skrip plak . Haish-ii . Takpa . Kita terus ke perenggan lain . Teruskan mengscroll . Dey nad hang scroll skrang . -_-

Nieh Lu Han . Hensem beb . Comel la diaa . :3 Keh-ii


Nieh la Suho . Hensem kan beliau . Exo semua hensem-ii :3


                                                  

Inilah G-Dragon . Takdelah hensem mana -_- Booo




Masa zaman tadika dahulu (bayangkan gambaq hitam putih) keh-ii . Masa tuh aku ngan dia satu tadika . Tau tak tadika apa ? Tadika perpaduan ~ Masa tuh aku umur 6 tahun . Aq ingat lagi masa tuh . Masa tuh aq tak rapat sangat ngan Nad . Biasa-ii saja . Kawan pon masa cikgu suruh buat kerja berkumpulan . Blurr . -_- . Aku ingat lagi masa tuh cikgu ada bawak rombongan pi muzium tepeng . Tak sangka bila aku usya balik gambaq masa kat muzium tuh aku bergambaq sebelah dia la . Woaa . Comelnya aku masa tuh . Masa tuh yang aku ingat Nad masih kurus . Skrang ? -_- Masa tuh aku ingat lagi rambut nad kerinting la . Keh-ii . Tak caya ? Hg usya balik gambaq tadika dulu-ii . Keh-ii . Dah-ii . Masa tadika tak banyak sangat cerita . Skrang tahun seterusnya .

Darjah satu ? Heii . Aku dah lupa saat nie . Oke takpa-ii . Masa tuh aku dah lupa Nadhirah . Keh-ii . Dah-ii , Kita ke tahun seterusnya . Masa tahun nie aku lupa ingatan . Blurr blurr blurr . Lol ~ -_-

Darjah dua ? Lagilah aku tak ingat apa . Yang aku tau masa darjah dua nie ? Hurmmm , Ya Allah . Tak ingat apa . Aku Cuma ingat aku dapat 100% dalam exam Pemahaman . Keh-ii . Dah-ii . Kita lompat ke tahun seterusnya pula . Lolalalala ~

Darjah 3 ? Haaa . Haaa . Haaa . Test-ii . Errm . Masih tak ingat apa-ii lagi . Macam vunguk ja aku nie . Oke takpa . Tahun-ii yang lain ada banyak kisahnya lagi . Teruskan mengscroll ~

Darjah 4 . Masa tuh aku ingat lagi . Kat sekolah agama kot . Masa tuh aku nak pergi tandas . Pastu terserempak ngan Husna ngan Nad . Masa tulah dorang tegur aku . Aku pond ah lupa dah dialog . Tapi masa tahun tuh aku Cuma ingat yang tuh ja . Setelah lama tidak berjumpa Nad akhirnya kami dapat berjumpa jua . Poyo ja ayat aku . Dah-ii . Tahun depannya lagi ohsem . Nak tau ? Scroll lah lagi ke bawah bukan tekan close ye . Keh-ii . Scroll-ii .

Darjah 5. Hah masa nie la aku mula rapat ngan Nad . Masa tuh kami satu kelas . 5 Mercury kot . Heish . Dah lupa dah nama kelas . Okey . Masa darjah 5 aku ada BFF iaitu nama diberi Nadzatul Hani Nadia . Masa akhir tahun tu dia pindah . Hurm . So aku nak cari la kawan baru . Tak tau nak kawan ngan sapa . Tak tau nak berBFF ngan sapa . Tiba-ii masa bila entah aku ngan Nad tetibe je berkawan wuuu ~ Macam mustahil je bukan ? Tapi ianya ialah kenyataan . Masa tuh tak silap ada hari persaraan GB kitorang kot . Cikgu Habib . Masa tuh kami mulalah merepek . Jalan merata-ii . Almaklumlah masa tuh kan dah freedom dengan exam last year . Kami jalan-ii merata-ii satu sekolah pastu lepak kat tangga kot tak silap . Tangga yang dekat dengan makmal computer kot . Pastu kitorang main brochure *aku tak reti eje menatang nie* kah-ii . Pastu bila kami jalan-ii nampak ada budak laki berdua-duaan mulalah kami merepek dorang Gay la apelah . Kalau pompuan pon sama . Kah-ii . Kami memang suka mengarut . Abaikan . Dah-ii . Tahun ni tak berapa menggempakkan macam tahun 2013 . Jum . Kita lompat ke tahun 2013 plak . Woaa . Nie tahun 2013 nie mahu berkotak-ii tisu komuniti yang nad akan bazirkan bila baca . Kah-ii . Takpa-ii . Scroll ke bawah dulu beb .

2013 . Di mana kami dah masuk darjah 6 . Dan kami kene amik UPSR ngan SRAI . Annoying je . Nyampah deng . Masa darjah 6 kami dah ada satu group besar . NoName . Hebat kan . Takdak nama group so kami kasi nama yang indah nie . Keh-ii . Masa mula-ii masuk sekolah awal-ii bulan tuh takda kisah menarik sangat . Sebab masa tuh kami tengah acah-ii poyo membajet study untuk upsr la kununnya padahal main je lebih . Boooo . Tapi masa tuh Nada de mengesyorkan aku untuk tusyen bersama-ii beliau dia Tusyen Aktif Kampung Boyan . Woaa . Dengaq macam poyo je tapi tak sangka mak aku bagi aku tusyen kat sini bersama-ii Nad si dendut . Tusyen nie terbaek weyh . Budak-ii hot pon tusyen kat sini tau . Kah-ii . Masa mula-ii aku mai tusyen aku takut aku takda kawan . Bila aku lepas je naik tangga tusyen kaler oren tuh aku nampak bayangan seekor lembaga memakai jaket hijau hitam bersama tudung hitam beliau . Kah-ii . Tak sangka . Rupanya Nad . Gembira gila aku , dia menyambut kedatangan aku dengan gembira . Kah-ii . Gembiralah sangat . T upon sebab aku yang paksa . Dia tunjukkan aku kelas-ii itu kelas-ii ini . Pastu dia tunjuk kat aku beberapa orang kawannya kat dalam kelas-ii tuh . Yang paling kami kenal sekali ialah Adriana ~ Woaaa . Misteri kanak-ii ini . Dah la bersama-ii jaket kelabu beliau dan tak lupa juga helmet merah beliau . Nad jugak ada tunjuk kawan-ii dia yang lain , Aku tak heran pon . Aku kat sana Cuma menggila dan berkawan dengan Nad saja smpailah kedatangan kawan kami dari Ahli NoName jugak , Ain . Tapi lagi best kalau Piqah dan Nab tusyen sekali tapi apakan daya . Keh-ii . Kalau rehat kami selalu ke kedai cina tuh . Kami suka beli air yogurt . Yum-ii . Hanyalah singgit dohpohsen saja . Kome boleh dapatkan di kedai-ii berhampiran ngan rumah korang . Pastu kami belilah wafer gambaq ikan josh tuh . Takpon kami pegi rehat kat tusyen je . Beli air kotak ngan jajan-ii skit . Pastu masuk dalam kelas balik kami menggila  . Aku ingat lagi Nad suka mencuri sedikit makanan aku . Wajiaqqq . Hampeh punya budak . Aku beli cumel-ii perut dia yang rasmikan dulu . Puih . Kat tusyen memang sejuk gila beb . Kentut pon beku . Kah-ii , aircond depan blakang kiri kanan ada . Woooo . Sejuk beb . Dah-ii . Abaikan kisah di tusyen now kita masuk ke pertengah tahun 2013 plak . Hah dah sampai petengah tahun kami agak buzy skit . Bayangkan . Pagi skolah dari pukul 7 pagi pastu petang kelas tambahan plak sampai pukul 2.30 pastuh petang tuh kadang-ii nak kene pi sekolah agama plak . Sampai kol 5.45 . Herh. Nak tgok citer spongebob pon tak buley -_- Kejam . Pastu malam plak tusyen dari pukul 7.50 sampai pukul 10 malam . Kejam amat dunia . Pastu dah lepas bulan puasa skit tuh aku dah berenti tusyen sebab kat sekolah aku dah buat kelas tambahan percuma . Baik aku pergi kelas tambahan percuma dari tusyen yang berbayar . Kah-ii . Biasalah malam . Kami bukannya rajin sangat nak study , bila dah ada kawan-ii depan mata apa lagi mulut juga bakal berbuka dan tangan akan berhenti berehat sampailah ada cikgu yang menegur dan membebel . Apa kami heran ? Kah-ii . Masa prep malam biasalah . Ramai yang citer pasai hantu , Hihihihihi ~ Zaman tuh kat skolah kami ada satu tandas misteri . Tandas rosak katanya . Padahal bukan rosak rupanya ada hantuu ~ Kih-ii . Dah abaikan . Masa prep malam kami ada sorang kawan nama beliau ain . Dia suka bawak fon . Pastu dia suka amik gambaq sorang . Aku ngn Nad dok kat blakang dia dan apabila kami menyedari dia sedang tangkap gambaq kami pon mencelah skit la muka kami yang cuties muties nie . Sebok berselpie bersama . Keh-ii . Pastu kan malam-ii keje asyik nak gelak je . Masa prep malam aku je lah yang suka menceriakan suasana dengan perangai pelik dan kelakuan aku yang misteri . Terutama sekali yang mendapat sambutan hangat daripada para-ii peminat ialah pari-ii monyet . Betapa comel nya muka aku berpari-ii monyet . Kah-ii . Tersedak monyet-ii di hutan belantara afrika apabila aku menyeru nama mereka . Oke dah abaikan kelas malam . Lupa plak nak citer masa qiamul-lail . Nie lagi best . Kah-ii . Terutama sekali waktu malam dah . Dah berapa kali dah kami diberi warning supaya tido sebab kebesokkan harinya kitorang ade qiamul-lail awai-ii pagi  . Tapi kami masih berdegil . Pukul 2 pagi . Kami masih tak bleh tido so kami main la word search . Ye la . Menghilangkan kebusanan di malam hari , pastu bila ada sapa-ii mai spotcheck bilik kami pura-ii tidor . Lepas dah oke kami sambung main word search balik . Nakal skit kami waktu tu . Almaklumla semuanya masih kanak-ii riang . Pastuh keesokan paginya . “Woii-ii bangun la dah pukul 4” kami semua bangun dan terus mandi . Gila huduh muka kitorang masa mandi . Macam berok . Berok pon comel lagi . Pastu waktu qiamul-lail kami diam je . Almaklomla semua mengantok . Kebanyakkan ramai yang nak tido tapi hajat tidak kesampaian untuk tido . Lepas habis saja berqiamul-lail kami pi paking barang sat . Pastu kami pi sarapan . Makcik kantin kami suka masak yang tak sedap kat kitorang . Bila makan kami mula la berceloteh membebel mengkumen tentang masakan makcik kantin tuh . Lepas habis makan kami berkecitt-ii gambor . Selpiee kejap . Memang ohsem beb . Lepas tuh sebelum pulang kami beli milo ais jap . Lepas tuh semuanya pulang ke tanah air masing-ii . *Poyo je ayat* Oke skrang kami nak citer masa perkhemahan . Waaa . Perkhemahan yang amat menguji kesabaran aku . 3 hari 2 malam . Rase macam setahun duduk dalam hutan belantara afrika barat je . Perghh . Masa perkhemahan benda yang paling mengecewakan ialah aku ngan nad tak sama bilik . Kecewa bukan ? Oke . Tapi waktu kawad ke aktiviti yang lain semuanya kami bersama-ii . Terutama sekali makan -_- Sambil makan sambil biasalah berceloteh dan komen masakan makcik kantin . “Nasi bulat-ii” kah-ii . Benda yang paling aku ingat sekali . Kah-ii . Pastu kami ingat lagi malam bila entah kami ada wat satu aktiviti pastu bila supper mak cik kantin kejam gila kasi kami air teh tak sedap dengan sekeping biskut kering sorang . Kejam gilaa . Puihh . Biskut tiger aku dalam beg sedap lagi . -_- Oke . Dah abaikan waktu perkemahan yang menguji kesabaran aku tuh . Kita ke penghujung tahun pula . Waa . Part nie la yang paling best sekali dalam dunia . Yang aku masa hujung tahu kami ada banyak ceramah motivasi , macam-ii . Banyak sangat . Almaklumla . Dh nak Upsr . Aku ingat lagi tak silap aku masa tuh ada Pra Upsr kot . Nad merajuk ngan aku . Ermm . Sedihnyaa . Tapi kan masa tuh aku makan coklat crispy tetibe je nad muncul dan mengambil coklat tuh . Kan . Senang je nak pujuk Nad . Dengan cokelat dan makanan ringan sahaja -_- Dan kami dah berbaik . Hoho . Okee . Masa upsr kami tak banyak main sangat . Tapi kalau lepas upsr tuh . Keh-ii . Jangan tanya la apa aktiviti kitorang . Terlalu padat . Pegi skolah cumel-ii balik sekolah huduh . Antara aktiviti kitorang selepas upsr . 1) Lepak makmal computer . Masa kat makmal computer tuh kami mengenali seorang staf yang kami gelarkan sebagai Pak Cik Hazly . Hensem orangnya . Tapi malangnya pada mula-ii nya dia agak pemalu ngan kitorang . Tapi bila dah lama kami buat dia macam kawan kami saja . Masuk makmal secara menyeludup . Kacau dia tengah search baju untuk anaknya . Hahaha . Tersedak pak cik hazly di rumah yang sedang minum kopi janda sambil menonton televisyen di rumah ibu mentuanya . Macam-ii aktiviti kami lakukan semasa di dalam makmal . Antaranya berselfie dengan webcame toy . Kah-ii . Memang ohsem lah beb . Oke . Yang ke-2) Kacau akak koperasi . Antara slogan mengguda kami apabila tiba di hadapan koperasi ialah Akakk ~ Hahaha . Macam-ii la kami buat kat dalam koperasi . Masa zaman tu tengah hot ngn despicable so kami pon banyakla mengikuti perkembangan semasa despicable di koperasi . Akak nie baik sangat . Sanggup melayan karenah kitorang macam anak monyet terlepas dari zoo Negara hutan belantara Iceland timur sahaja . Macam-ii la kami kacau akak koperasi nie . Kami pon tak tau apa nama dia , main kacau saja dengan gelaran Akakk ~ Kami masih ingat lagi di saat akak koperasi tuh ade buat notis amaran yang amat keras supaya jangan membawa masuk minuman dan makanan di dalam koperasi tapi kami masih berdegil . Almaklumla . Senior atasan di saat itu . Semua budak-ii kat dalam koperasi melihat kami dengan muka yang agak pelik . Lantakla . Sekolah bapak kami . Keh-ii . Hurrm . Now aktiviti yang ke-3) Lepak kat PSS . Masa lepas upsr cikgu selalu ajak kami semua masuk pss . Antara aktiviti yang kami selalu main ialah main segala game-ii yang ada kat dalam PSS . Terutama sekali Saidina Upin Ipin . Kami tambah unsur-ii punchline skit . Bantuan Baitul-Mal lah bantuan macam-ii . Barulah menyeronokkan , pastu kalau kami bosan kami mainlah nyorok-ii . Cikgu tak nampak pon kami main . Seronok gila beb . Kah-ii . Pastu kami tido takpun lepak sambil berceloteh kat sofa empuk PSS . Kami batak orang atasan arh dok atas sofa tu . Padahal sofa tu untuk cikgu-ii . Hah ? Gengster tak kitorang ? Kah-ii . Contohila kami . Akak-ii Batch 01 SKPA :3
Okey now aktiviti yang paling popular sekali kami lakukann yang ke-4) Running man . Kah-ii . Memang menyeronokkan dan mencabar hati . Pernah terkantoi sekali dengan cikgu . Apa aku heran . Kesah ? ! *Muka huduh* Oke . Running man kitorang takdelah sebest running man kat dalam tibi tuh hah . -_- Biasa-ii je . Aish.. Penat tangan dengg mentypee nie .  Yg ke-5) Main badminton . Kah-ii . Masa PJ kami suka main badminton sebab kami malas nak main permaian teacher saraswathy tu so kami mainlah badminton . Raket bawak sendiri . Bulu ayam sapa-ii yang nak sedekahkan bulu ayam kami kebas arh . Kah-ii . Memang best sekali main tuh . Aktiviti paling blur sekali yang ke-6) Jaga buku teks . Almaklumla . Kami nie warga-ii SPBT . So kami kene banyakla buat aktiviti menjaga buku teks . Susun buku teks la macam-ii lagi . Kadang-ii tu pabila bosan kami mainlah kat dalam bilik Spbt tuh . Bila kami sedang seronok bermain tiba-ii ja ada Cikgu Kamala tau nama popular yang kami gelarkan kepada beliau ialah Kamal Pinky sebab satu hari masa perkhemahan beliau ade pakai baju pink so kami pon jadilah bahann untuk ejekk . Keh-ii . Macam-ii yang kami main kat dalam bilik tuh . Memang torbaekk . Bila kami da penat bekerja Cikg Norlia akan membelanjai kami Milo Ais :3 Perghh memang best . Penat keje dapat teh ais ke milo ais ke . Syiookk . Kami masa lepas Upsr kami jarang makan kat kantin . Kami suka beli air milo pastu kami lakukan aktiviti-ii mengacauan kitorang bermula dari koperasi sampailah ke makmal . Kah-ii . Darjah6 tahun nie mana ada yang sporting2 mcm kitorang nie . And then nak citer masa jamuan hari raya . Memang best . Bawak kuih bnyk-ii . Kebas kuih kawan banyak-ii . Pakai baju raya comel-ii . Memang ohsem beb . Pastu masa hari sukan pulak kami lari bersama-sama *macam dalam lagu (Sama-ii mengejar mimpi Sama-ii *sambil-ii tu buat muka huduh sambil kepakkan sayap*) * Memang menyeronokkan dapat lari sama-ii . And masa hari kantin polak kami dapat bergambaq sama-ii . Comel-ii . Memang best . Smpai skrg aku tak upload lagi gambaq hari kantin aku . Keh-ii . Sabaq . And masa result upsr nak kluar , Alhamdulillah . Result kami semuanya baik-ii . Aku well biasalah . Straight A’s . Nad ada satu B sesat . Takpa-ii . Itu semua hasil titik peluh sendiri lah kan . Lepas Upsr kami agak sebok skit sebab nak memilih skolah mana yang kami nak duduki . Tapi kami tidak pernah lupe untuk singgah di koperasi dan makmal seperti biasa . Bila tinggal sehari saja lagi sebelum kami menjejakkan kaki keluar dari SKPA kami banyak berceloteh skit . Lepak-ii sebelum tak dapat berjumpa untuk selama-lamanya . And hari last kami banyak bermaaf-maafan la kan . Sedih sangat masa tuh . Dah tak bleh buat aktiviti-ii harian yang menyerunukkan dan tiada lagi slogan “Pergi sekolah comel-ii balik sekolah huduh bakhang” -_- Kah-ii . Tapi takpa . SKPA tetap dalam hati kitorang . Now. Kita nak beralih ke sekolah menengah polak . Scroll . Skit ja nie .
 


Inilah Cikgu Norlia . Dia selalu belanja kami air lepas buat keje . Pastu cikgu nie ialah cikgu yg paling sporting sekali . :3


Nie la nad . Gmbaq nie masa dia skolah rendah dulu . Gmbaq nie masa dia pi perkhemahan TKRS . Sedih aku . Dia pegi lama , Aku pegi tusyen tkda kwn .
                                

Nie la skolah kami . Ohsem kann .







Bila dah masuk skolah menengah kami dah berpecah . Ada yang masuk sana . Ada yang masuk situ . Ada yang masuk sini , Ada yang dok hostel ada yang berulang . Kehidupan kami dah berubah . Tak berapa nak kanak-ii riang lagi . Biasa-ii ja . Tapi yang merapatkan hubungan persahabatan aku dengan nad ialah Pesbuk dan mesej . Alhamdulillah . Nad masih tak lupa aku . Gembira aku . Yang paling best sekali masa cuti panjang haritu . Kitorang memang gila berpesbukk smpai ke pagi buta . Memang ohsemm . Rindu saat itu . Aku harap persahabatan aku dan Nad akan kekal hingga ke akhir hayat . Aku sayang Nad dunia akhirat sebagai seorang sahabat . Hope kita dapat berjumpa satu hari nanti . J Aku minta maaf kalau di dalam blogger aku kali ni ada yang menyakitkan hati hang . Sori cangat . Nie semua hanyalah gurauan dan punchline samata-mata . Kbhaii J
Assalamualaikum. Watashi Saranghaeyo . Ahibbuka Anti fil Jannah :)