Friday, June 6, 2014

~ HIGHSCHOOL 2014 ~

2014 . Aku ada banyak sekolah . Keh-ii . 3 Sekolah jiaa . Nak tau apa yang menarik dan kisah hidup aku tentang sekolah menengah 2014 ? Jum . Scroll ke bawah . Ayuh ...Dengarlah dulu lagu nie masa nak bace . Jangan teros scroll je . Hah nad , jangan scroll bukak lagu nie dulu . Wolf-EXO :3 Versi Korean . :3 Hayatilah blogger kali ini ...
   

First sekali hah , SMK Pengkalan Aur . Aku sekolah kat sini dari 31 Disember 2013 sampai lah 9 Januari 2014 . Kat sini apa yang menariknya ialah makanan dia . Waaa . Sini makanan dia murah-ii pastu sedap-ii pulak tuh . Best gilaa . Kat sini aku hanya ada sorang ja kawan baik . Iaitu Siti Nur Aisyah . Ataupun kami panggil dia Roy . Hahaha . Dia nie gila sporting . Aku dok sebelah dia dalam kelas . Dia nie kalau dalam kelas suka bising , galak sakan . Hahaha . Pastu kat blakang tempat duduk aku ade 2 orang kawan karib nie . Nama dorang Alia Aidzuhar ngan Alia Maisarah . Dorang nie gila sporting pastu suka bising gak macam kami . Hahaha . Memang best skolah kat sini walaupun aku hanya sekolah kat sini selama seminggu lebih ja . Kah-ii .




Hah nie SMKPA . Aku hanya dapat gambar kat dataran perhimpunan ja . Hehehe . Luaskan . Keh-ii .



Nie polak tiang bendera sekolah . Saje je nak tunjuk . Gambaq padang kantin dan lain aku tak jumpalah . Sedih betol . Huh -_-


Sekolah Kedua aku , awesome dalam dunia . Pertama sekali aku dok kat asrama dalam hidup aku . Hidup berjauhan dengan keluarga . Huwaaa . Sedih . Tapi dengan kehadiran orang-ii yang tersayang , rakan-ii aku di sini , dapatlah mengubati hatiku yang sedang bersedih dan berduka di sini . Alahaii . Rindu gila sekolah nie . Nie la sekolah yang terbaik sekali dalam hidup aku . SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH , IPOH . Apa yang menarik di sini , macam-ii gila beb . Segala kemudahan dan kesenangan dan kebahagiaan ada di sini . Bagaikan syurga sekolah ja . Dari pintu masuk depan sampai la ke hujung sekali dewan makan . Hurm , sekolah nie mula-ii masuk nampak macam kecik ja . Cer try masuk dalam lagi . Ya Allah . Punyalah panjang dan luas sekolah nie . Bahagia aku . Walaupon lorong-ii dari pintu masuk ke dewan makan agak jauh , tapi aku dah terbiasa sebab tiap-ii hari aku kene lalu lorong nie .Nie kalau nak pusing satu sekolah memang aku tak larat . Luas dan memanjang kot . Hahah . Terutama sekali dorm . Aku dok kat dorm C . KC06 . Nombor katil aku . Besar weh dorm dia . Boleh muat 40 orang . Locker besar-ii tinggi-ii . Katil dan tilam yang selesa dan empukk . Urrmmm . :3 Aku dok katil atas , ada kipas atas kepala aku . Gila sejuk kalau tido . Pagi-ii takde air panas . Mandi ja lah pakai air shower yang sejuk tuh . Toilet dan shower dia pon best .  Ampaian dia gila luas . Aku suka basuh baju tiap-ii hari . Gumbira aku . Korang nak tahu rutin seharian aku kat Taayah macam mana ? Jum . 

Pagi , kadang-ii aku bangun awal dalam pukul 4 . Aku bangun pukul 4 , aku gerak kawan-ii aku teman aku pi mandi . Pastu lepas mandi aku bersiap . Kalau aku nak basuh baju , aku basuh baju pagi-ii . Pukul 4.30 macam tuh dah siap semua sekali baju pon dah basuh . Pastu aku tinggal baju kejap dalam shower . Pintu ampaian tak bukak lagi kol 4 pagi . Kol 6 baru bukak . So, aku tinggal la dulu baju aku tuh . Pastu aku masuk dorm , aku kemas katil , aku bersiap dengan cumil-cumilnya . Lepas semua dah siap , aku pakai telekung siap-ii . Dah siap semua , aku pergi kejut la kawan-ii aku yang pemalas nak bangun pagi . Kat sini aku ade macam-ii kawan . Suka bangun awal , suka bangun lambat . Aku kejut kawan-ii aku semua pakai jam loceng aku yang berbunyi kuat tuh . Aku pergi setiap katil untuk kejutkan dorang . Kecuali akak dorm punya katil . Keh-ii . Lepas dah kejutkan , aku pi tidoq sat sementara pukul 5.50. Aku nak standby siap-ii nk pi sidai baju sebab pintu ampaian mesti dah bukak time tuh . Lepas dah siap sidai baju , aku pegi balik dorm sat hantaq baldi pastu aku pergi lah naik dorm atas . Dorm Pipah . Pipah nie suka bangun awal . Aku mai dorm dia , dia dah siap dah . Lepas tuh kami bersama-ii pergi ke musolla . Masuk musolla , kami cari port kami yang teramat selesa tuh . Pastu ambil sejadah , lipat kasi tebal , tidoq balik . Keh-ii . Pastu bila azan subuh , akak-ii pon beletiaq kat kami suruh kami bangun dan ambil wuduq semula . Lepas tuh solat lah . Lepas habis solat dalam kol 6.30 tuh aku balik dorm . Bersiap pakai baju sekolah tudung semua cumil-ii . Dah siap , aku salam akak dorm sebelum sarapan . Barulah berkat . Aku dah anggap akak-ii dorm macam mak aku je . Keh-ii . Pastu aku pi dorm Pipah ajak beliau pergi bersarapan bersama-ii . Kalau haritu ade bihun goreng , aku tak makan . Aku bawak biskut dari locker . Keh-ii . Kalau bukan bihun aku makan ja . Lepas makan , aku pi isi air dalam botol . Air sejuk . Keh-ii . Lepas tuh aku pergi lah berjalan menuju ke kelas aku . Dalam pukul 6.55 tuh aku dah otw pergi kelas . Kadang-ii tuh aku curi-ii tengok akak duta aku makan takpun ambil air . Hehehe . Pastu otw la pegi kelas . Aku ngan Pipah tak sama kelas . Lepas hantar beg , aku pergi turun ke kelas Pipah . And then , turun pergi duduk kat bangku dekat ngan tempat perhimpunan . Masa dok kat bangku aku selalu curi-ii usha akak dorm aku lagi . Keh-ii . Kununnya mengubati rindu . Hehehe . Lepas perhimpunan , masuk kelas . Ade tahfiz . Aku selalu pergi tahfiz . Aku suka . Ustazah tahfiz tuh baik sangat ngan aku . Aku sayang dia . Lepas habis tahfiz , belajar lah . Pastu rehat pastu belajar balik sampailah pukul 2 lebih . Lepas PDP , aku teros pergi makan dulu . Makan cepat-ii pastu aku pergi ambik baju kat ampaian sebab baju aku time tuh konpem dah kering dah . Pastu balik dorm , aku ambil wuduq nak solat zohor . Lepas tuh aku pergi dorm Pipah semula untuk mengajak beliau pergi musolla untuk solat zohor bersama-sama . Lepas solat , balik dorm , aku kemas locker pastu lipat baju . And then ade lah dalam 10 minit lagi camtuh , aku rehat lah sekejap . Pastu aku ajak Pipah , pergi KOOP .  Hehe . Kami prep petang pukul 3.30 sampai 4.30 . Aku pergi KOOP dulu ngan Pipah beli jajan skit untuk mengunyah-ii semasa prep . Habis je prep , aku pergi kelas Pipah , ajak balik dorm sama-ii . Lepas balik dorm , aku pergi ambil wuduq untuk solat Asar . Sedudahnya solat Asar , aku tukaq baju PJ . Ataupun kami budak Taayah panggil baju kasual . Baju nie kaler maroon gitu . Comel . Lepas tuh , kami semua turun padang untuk aktiviti riadah . Semua pelajar wajib riadah petang-ii . Aku selalu pusing sekolah 5 kali camtuh je ngan Pipah . Pastu , balik dorm . Aku selalu mandi dulu baru pergi makan malam . Sebab selalunya waktu cenggini shower selalu penuh . Jadi aku mengambil keputusan untuk mandi dahulu sebelum makan malam . Lepas dah mandi , pakai comel-ii wangi-ii semua , aku pergilah ke DM untuk makan malam . Hehehehe . Lepas makan malam , ade lagi beberapa minit lagi sebelum nak kene pi musolla , aku rilek-ii dulu . Sembang-ii buat komuniti ngan member-ii aku . Kalau haritu aku ditugaskan untuk sapu dorm , aku sapu lah dorm dulu sebelum pegi bergossip . Kalau biasanya sebelum pergi riadah , kalau aku ditugaskan untuk ambil baju kat dobi , aku pergilah ambil baju kat dobi sebelum pergi riadah . Pastu kalau macam haritu aku ditugaskan untuk ambil Supper , aku pergilah amik suppet kat DM . Selalunya supper kami makan roti gardenia je . Ohh gardenia sungguh enak dimakan begitu saja . Kadang-ii tuh kalau aku blom iron baju sekolah lagi , aku pi iron dulu pastu barulah aku pergi bersembang di komuniti . Tepat jam 7.05 camtuh , akak-ii dorm akan membebel kat kitorang terutama sekali group komuniti nie supaya cepat-ii ambil wuduq pastu pegi solat maghrib kat musolla . Dalam pukul 7.10 cam tu aku dah sampai musolla . Aku letak sejadah aku kat port biasa . Pastu aku pergi belakang , aku baca Yassin ngan aku berdoa untuk mak ngan abah aku . Kadang-ii tuh aku sampai menangis teringatkan mak abah bila baca Yassin . Dalam kol 7.25 camtu aku dah selesai dah baca Yassin dan berdoa . Selalunya waktu Maghrib la aku gemar menangis . Aku sentiasa membawa sapu tangan bersama-sama untuk mengelap air mataku ini . Lepas tuh , Pipah pon sampai . Aku dah tau dah . Pipah memang suka mai musolla waktu maghrib lambat-ii . Kami sembang lah dulu sebelum azan maghrib . Lepas solat maghrib selalunya kami kene tunggu dulu dalam musolla sebelum solat isyak . Lepas solat isyak baru boleh balik dorm . Aku ngan Pipah selalu tidoq takpun bersembang dulu sementara nak tunggu azan isyak pulak . Lepas habis je solat isyak , aku balik lah dorm aku . Aku siap-ii pakai baju prep . Baju prep sekolah Taayah warne pink . Comel . Pastu aku makan lah supper dulu sebelum pegi prep . Biasalah . Asal ade prep aku ngan Pipah mesti pegi KOOP untuk membeli sedikit santapan untuk makan dalam kelas masa prep . Prep kami dari pukul 9.30 sampai pukul 11. 00 malam . Selalunya sebelum pergi prep dan habis prep aku pergi call mak aku dulu . Lepaskan rindu . Aku call mak aku masa prep petang jugak . PDP pagi-ii . Hehehe . Lepas habis PDP . Barulah aku rasa tenang kalau dapat call mak aku . Dapat dengar suara pon dah cukup baik . Hehehe . Kadang-ii tuh aku sampai peluk public phone kaler merah tuh . Apelah salah public phone tu sampai aku pelok beliau . Dah macam berok dah aku tengok . Buat malu je . Almaklumlah . Monye-ii riang lagi ketika saat itu . Lepas prep , aku balik lah dorm . Tukar baju . Pastu pegi ambil wuduq pastu aku cuci muka pakai fair and lovely tak pon floral mask . Keh-ii . Habis purple muka ku yang cumil ini . Lepas tuh , ade perjumpaan and bacaan surah . Lepas habis bacaan surah , adelah ketua-ii ini ketua-ii itu membebel lah macam-ii lah pastu akak-ii dorm punya giliran pulak yang membebel . Lepas tuh , yehh . Masa yang dinanti-nantikan . TIDOR . Hehehe . Sebelum tidor bace pendinding katil dahulu . Kadang-ii tuh kalau giliran aku yang handal bacaan pendinding katil aku kene dok kat tengah-ii dorm bagi arahan kat dorang . Waa . Bestnyaa . Lepas tuh , aku pon tidur lah dengan lenanya . Aku tidor sambil pegang tasbih yang abah aku bagi kat aku . Pastu kat sebelah aku ade gambar mak dan abah . Waa . Hilanglah sikit kerinduan ini . Pukul 12 , lampu dorm semuanya dimatikan dan semua orang tido . Keesokan harinya .. Haha . Sama je lah rutin harian aku . Keh-ii .


Waaaa . Banyaknya rutin harian aku yang aku buat . Macam-ii . SERATA memang yang terbaik . Aku sayang sekolah nie gila -ii . Now , aku dah keluar dari Taayah atas alasan-ii yang tertentu . Aku sekolah kat sini dalam sebulan lebih je . Dari 15 Januari sampailah 22 Februari . Huwaa . Sedihnyaa meninggalkan Taayah . Aku janji nanti form 4 aku nak masuk sekolah nie balik . Amin . InshaAllah . I LOVE SERATA . NUKAFIHUL LIL MAJDI . SERATA MOVE FORWARD . BERJUANG DEMI KEGEMILANGAN .



Hah , SERATA pernah masuk dalam tv , majalah , media sosial , keratan akhbar dan lain-ii . #Bangga



Hah , inilah majalah sekolah SERATA . Cantik kan . Aku pernah baca . Hehe . Isi kandungan dia memang padat dan terbaik . :)



Ini barisan guru-ii . Pengetua dan penolong-ii kanan . Gambar semasa Hari Guru 2014 .  Hehehe :)



Hah , ni polak masa Hari Sukan SERATA . Memang best weh . Buat kat Stadium . Hijau Tun Kudu . Biru Tun Teja Kuning Tun Fatimah . Merah Tun Terang . Semuanya memang terbaik . Aku Tun Fatimah wehh . Bangga nieee . :D



Hah  ini pula semasa hari Sukaneka . Hah nampak tak bangunan-ii dua tingkat belakang tuh ? Tulah asrama kami . Hehehe . Cunn wehhh . Torbaikkk . Asrama kami kaler pink :3 Heheh



Hah , ini pulak Dewan kitorang . Gila luas dan besar . Muat semua pelajar termasuk guru-ii sekali . Hebat bukan . :) Dewan niee mewah wehh . Smart . 



Hah . Inilah musolla kitorang . Nampak tak tiang paling dekat tuh ? Tulah port aku ngan Pipah kat dalam musolla . Keh-ii . Jahat budak jahat . -_-



Hah , inilah perkarangan sekolah kitorang. Nie lah dataran perhimpunan kitorang setiap pagi . Muat semua pelajar . Blakang tuh bangunan sekolah . Kelas-ii . Hehehe . 



Hah . Inilah lencana sekolah kitorang . Cantik kan . Cunn wehh . Ko ade ? Aku ade . 2 lencana . Keh-ii :3



Hah , inilah perkarangan kawasan hadapan sekolah . Nampak tak jejantas comel tuh ? Jejantas tuh menghubungkan sekolah kami ngan GIM SERATA . Keh-ii . Kadang-ii aku lalu jugak atas jejantas tuh . Aku rase seperti sangatlah official sekali . Seperti artis . Bas tu lah Bas SERATA . Bas baru wehh . Cantik kot . Pink kalerr . Best . Aku dah pernah naik dah . Keh-ii .




Now , sekolah terbaharu aku dari 26 Februari sehinggalah sekarang . SABK Maahad Al Tarbiah Al Islamiah , Batu 8 . Dekat ja ngan umah aku . Aku dah dok asrama . Eishh . Tak suka betol la tak dok asrama . >< Hurm . Sekolah nie best lah jugak . Aku ade sorang kawan dari group NoName skolh kat sini iaitu Shafiqah . Hehehe . Aku jugak ade sorang kawan sporting . AQILAH . Hehehe . Teringat pulak aku ngan Kak Qilah aku tuh . Hehehe . Sekolah nie bagi aku ok lah . Tapi bagi aku SERATA lagi best . Hehehehe . Walau apa pon , aku sayang jugak kat sekolah nie . SABK MTI . :)


Hah , inilah barisan guru-ii MTI 2013 . Heheh . Aku hanya jumpa gambar-ii ini je . Tu pulak lambang sekolah kami . Cunn wehh . Lawaa . Hehehe -ii



Ini pula perkarangan MTI . Tuh dataran . Tepi tuh padang . Sekolah kami nie macam sekolah hijau . Hijau je . Pokok-ii tumbuh dengan suburnya . Yang bangunan kaler pink tuh , tuh asrama putera . -_- Dah takde gambar lain dah . Aku hanya jumpa gambar nie je . Harap Maaf . -_-







Hah , ini jelah yang dapat aku titipkan dalam blogger kali ini . Harap korang semua terhibur dan bergumbira membacanya . Segala yang kurang dan salah harap diampunkan . Terima kasih . Assalamualaikum . Bhaii . Semoga bergumbira . :) :) :)


The End ~ -_-

1 comment: